CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 13, 2010

::pengenalan::

Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.

Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.

Negara Malaysia juga kaya dengan makanan.Hal ini kerana kita di sini terdiri daripada himpunan pelbagai bangsa dan suku kaum. Disebabkan itu di Malaysia kita boleh lihat pelbagai jenis makanan yang dijual dan ada yang kita xpernah tengok, rasa tapi tidak pernah tahu.."bahawa adanya makanan sebegitu di negara kita.."




Sedarkah kita?? masyarakat Malaysia pada hari ini lebih menggemari makanan barat seperti KFC, Mac Donald dan Pizza Hut.. dan tahukah kita tentang makanan warisan tradisinal kita pada masa dahulu?

Namun yang pasti, semakin kita beranjak zaman kita semakin lupa pada kuih-kuih tradisi yang dahulunya merupakan salah satu makanan utama penduduk di tiap negeri. Terutama Kuih-kuih tradisi orang melayu seperti dodol, lempeng, wajik, bunga tanjung dan sebagainya.. Andai ditanya pada anak muda.."pernahkah dengar nama makanan ni...?" Confirm!! pasti kerut dahi yang kelihatan..Al-maklum la..negara kita dah makin pesat membangun masih adakah insan yang masih menjadikan kuih-kuih tradisi menu utama mereka..? Ya, masih ada cuma hanya sebilangan dari kita...


::makanan tradisi masyarakat melayu::


DODOL

Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang manis. Dodol buatan Melaka amat terkenal dan ia dikatakan rumit untuk dibuat. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa; tepung beras; gula pasir; gula melaka dan garam. Bahan yang senang didapati namun sukar dihasilkan.

LEMPENG KELAPA

Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan sejenis makanan yang dibuat menggunakan kelapa diparut. Ia biasanya dimakan begitu sahaja atau dicicah gula, atau sambal ikan bilis atau kuah gulai.

SLEMANG

Slemang merupakan sejenis makanan tradisional Terengganu. Ia merupakan gula terurai yang dibebat dalam tepung. Mempunyai rasa yang manis.

JALA MAS

Kuih jala mas sejenis hidangan tradisional melayu yang lemak manis; dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput tetapi cara dan rupa yang berbeza. Ia mempunyai bentuk yang berjurai seperi mi halus. Biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa disebabkan cara membuatnya yang agak sukar. Pasa masa dahulu, kuih ini hanya dikhaskan bagi hidangan raka dan kaum bangsawan.


BUNGA PUDAK

Kuih bunga pudak merupakan kuih tradisional Melayu dan amat popular di negeri Kedah. Ia merupakan hidangan istimewa dan dinamakan sempena bunga pundak. Kuih bunga pundak mempunyai inti kelapa.


BUAH TANJUNG

Amat popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa. Berbentuk titisan air dan bewarna kuning. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula.

ASAM GUMPAL

Kuih asam gumpal merupakan hidangan yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan dengan inti dimasak dalam kuah santan. Ia disediakan dengan menggunakan sagu biji yang telah direbus dengan air yang dicampur dengan garam bagi membangkitkan rasa. Sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan digumpal sebesar satu gumpalan tangan. Campuran gula merah; halia dan halba ditambah bagi menambah perisa.

HALWA MASKAT

Hidangan ini merupakan hidangan istimewa Pulau Pinang. Halwa maskat merupakan sejenis kuih berbentuk seperti manisan berbentuk segi empat seperti jeli yang dihasilkan dari minyak sapi, tepung dan gula.

KUIH HASIDAH

Kuih ini dihasilkan dengan menggunakan campuran tepung dan minyak sapi serta gula. Merupakan sejenis kuih yang lemak dan manis.

NEKBAT

Merupakan makanan pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, dan dibakar. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering dan apabila ia sedia dihidang, nekbat akan direndam dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih.

::sejarah dodol gula kabung::


::dodol gula kabung::

  • Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan).
  • Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi.
  • Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol.
  • Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.

::resepi dodol::


Bahan-bahan:
1.8 kg tepung pulut
300 gm tepung beras
3.6 kg gula kabung
12 biji kelapa parut
15 helai daun pandan

Cara penyediaan:


1) Bancuh tepung pulut dengan santan. Selepas itu, tapis ke dalam kuali besi.

2) Masak gula kabung dengan sedikit air dan daun pandan. Bila telah larut masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Dengan menggunakan api yang perlahan jerangkan adunan ini sambil dikacau dan apabila setengah masak, masukkan pati santan dan terus kacau sehingga masak.


3) Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak.


4) Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.


5) Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat. Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat.


6) Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri-kendara.

::proses penyediaan dodol gula kabung::

Pertama sekali.. sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol. Kemudian, langkah pertama boleh dimulakan. Masukkan santan, tepung pulut dan tepung beras..

kacau dodol dengan perlahan...

teruskan mengacau dodol

kacau dodol lagi sehingga pekat..



masukkan gula kabung ke dalam kuali


masukkan gula pasir pula

kacau lagi sehingga pekat dan inilah hasilnya

Wednesday, May 12, 2010

::video cara-cara membuat dodol gula kabung::



video di atas mnunjukkan cara-cara membuat dodol gula kabung awal sehinggalah menjadinya dodol gula kabung yang sedap dan lazat...